MENU UTAMA
 UTAMA

 PROFIL
 Latar Belakang
 Misi
 Visi
 Objektif Dan Fungsi Jabatan
 Piagam Pelanggan
 PERUTUSAN
 MAHKAMAH
 Mahkamah Rayuan
 Mahkamah Tinggi
 Mahkamah Rendah
 PROSEDUR KES
 Kes MaL
 Kes Jenayah
 Kes Faraid
 Enakmen
 Arahan Amalan
 INFO MAHKAMAH
 Soalan Lazim
 Aduan /Cadangan
 Direktori Pegawai/ Kakitangan
 Peguam Syarie
 PAUTAN NEGERI
 STATISTIK
 GALERI
 Aktiviti Tahun 2009
 Aktiviti Tahun 2010
 Aktiviti Tahun 2011
   BANCIAN
Adalah anda berpuashati dengan perkhidmatan kami?

Sangat berpuas hati
Berpuas hati
Sederhana
Kurang memuaskan



Results
Polls

Votes: 4
Comments: 0
   APLIKASI ONLINE

 


Perhatian: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Sesuai dipaparkan menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2008©Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Kemaskini terakhir pada 24 Mac 2011.


 

TERKINI

AKTIVITI DAN BERITA WARGA JKSN PERLIS

MAJLIS MAKAN MALAM MAHABBAH AL-LAIL

09 Mac 2011, Rabu -  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan, JKSN Perlis telah mengadakan suatu majlis makan majlis bertemakan "Mahabbah Al-Lail" iaitu bermaksud "Malam Kasih Sayang".
Majlis makan malam ini bertujuan meraikan kehadiran Ketua Hakim Syarie yang baru iaitu Y.A.A Tuan Haji Saarani Bin Ismail yang baru bertukar masuk ke jabatan ini. Majlis ini juga bertujuan meraikan pegawai yang telah bersara dan bertukar keluar ke jabatan lain. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JKSN Perlis, ahli keluarga pegawai dan kakitangan serta beberapa orang  pegawai dan kakitangan dari jabatan lain.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran VVIP terhormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Jafperi bin Othman, AMMK Agama Islam, JK Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis. Turut diundang Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis dan Pengarah Baitulmal Perlis.Berita selanjutnya...

TEMASYA SUKAN MAHKAMAH SYARIAH SeMALAYSIA KALI 1 (SMS 1) TAHUN 2010

20 Disember 2010, Isnin  - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah menyertai Temasya Sukan Mahkamah Syariah Bil.1/ 2010 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu Darul Iman. Temasya Sukan Mahkamah Syariah ini merupakan sukan yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, dan kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Temasya ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 17 hingga 19 Disember 2010. Sebelum kontingen JKSN Perlis berangkat ke Terengganu, satu Majlis Penyerahan Bendera Negeri Perlis telah diadakan di Perkarangan Mahkamah Syariah Negeri Perlis. Upacara tersebut dirasmikan oleh AMMK Agama Islam Negeri Perlis Tuan Haji Jafperi Bin Othman dengan ditemani oleh Pengarah JAIPs Haji Abdul Malik Bin Haji Hussin. Berita selanjutnya....


PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-53 PERINGKAT NEGERI PERLIS

31 Ogos 2010, Selasa –  Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis bersama-sama pegawai dan kakitangan dari seluruh agensi kerajaan dan beberapa agensi swasta di Negeri Perlis menyertai Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan kali ke-53  yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Sambutan kali ini berlangsung tanpa perarakan berjalan kaki, sebaliknya telah diisi dengan perarakan kenderaan jabatan dan agensi selain perarakan basikal klasik, motosikal klasik, beca dan kereta nasional.  Sebuah sketsa kemerdekaan yang telah dipersembahkan oleh beberapa pegawai dan kakitangan serta para pelajar. Berita selanjutnya......



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH

26 Ogos 2010, Rabu Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada 25 Ogos 2010 bertempat di Tingkat 7, JKSN Perlis.
Majlis tersebut dihadiri seramai 60 orang pegawai dan kakitangan beserta ahli keluarga mereka. Aturcara majlis ini bermula dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Encik
Mohd Dzuhaili Bin Dzakwan, Pem. Kanan Pen.Peg. Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, JKSN Perlis. Berita selanjutnya .......




MAJLIS PERTAULIAHAN PEGUAM SYARIE TAHUN 2010


21 Julai 2010 - Rabu, majlis penerimaan masuk peguam syarie bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah diadakan pada 21 Julai 2010 . Dengan berjalannya majlis tersebut ,peguam-peguam baru telah bertambah kepada 53 orang dan mereka berperanan untuk membantu mempertingkatkan imej mahkamah syariah dan juga dapat mempertingkatkan kewibawaan mahkamah syariah. Di samping itu masyarakat juga dapat menggunakan perkhidmatan mereka di dalam kes-kes di mahkamah syariah. Berita selanjutnya......




   MAKLUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS


            
               
Kami mengucapkan terima kasih kerana
kesudian anda mengunjungi laman web ini

HUBUNGI KAMI:
Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Jalan Pegawai, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar Perlis
Tel : 04-9774846
Faks: 04-9775107
email: jksnps@esyariah.gov.my

"SYARIAH ASAS KEADILAN"


   PAUTAN
Portal E-syariah
Portal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
SUK Negeri Perlis
Jabatan Peguam Negara


E-solat

My Quran




 


Perhatian: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

Sesuai dipaparkan menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Hakcipta Terpelihara 2008©Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Kemaskini terakhir pada 24 Mac 2011.